Kenali Warga S.M.K. Puchong Utama 1

Selamat Datang!

Pihak sekolah mengalu-alukan tuan/puan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama (1), di mana pendidikan dan perkembangan sosial bergerak seiring. Kami percaya setiap pelajar wajar diberi kepercayaan untuk membangkitkan natijah positif dalam diri masing-masing.

Kenali SMK Puchong Utama (1) melalui pautan-pautan di menu bar:

  • Staf – Gambar staf SMK Puchong Utama (1)
  • Sejarah – Memaparkan sejarah sekolah sejak ditubuhkan.
  • Akademik – Pengurusan akademik, pencapaian sekolah dan aktiviti pelajar di bidang akademik.
  • HEM – Pengurusan hal ehwal murid, pencapaian sekolah dan aktiviti pelajar di bidang hal ehwal murid.
  • Ko kurikulum – Pengurusan ko-kurikulum, pencapaian sekolah dan aktiviti pelajar di bidang ko-kurikulum.
SMK Puchong Utama 1
  • Warna kuning melambangkan keagungan, keunggulan dan menjunjung kedaulatan negara.
  • Warna ungu melambangkan kekuatan, daya usaha, kemesraan dan kebijaksanaan.
  • Warna biru melambangkan perpaduan, muhibah dan cintakan negara.
  • Warna putih melambangkan kesepaduan dan sifat cintakan kebersihan.
  • Lambang glob bermaksud penguasaan ilmu tanpa sempadan serta penampilan di peringkat antarabangsa.
  • Lambang orang menunjukkan perpaduan, kerjasama dan kerja berpasukan dijadikan amalan bagi mencapai matlamat kejayaan.
  • Gelung emas bermaksud kecemerlangan bidang kokurikulum dan sukan serta keseimbangan empat unsur JERI
  • Lambang buku ialah kecemerlangan akademik dan mengutamakan penguasaan ilmu pengetahuan sebagai asas kejayaan.
  • Bentuk mangkuk sentiasa terbuka untuk penambahbaikan dalam segala aspek pendidikan.
  • Bentuk mahkota menunjukkan prinsip mengekalkan keunggulan dan daya usaha mempertahankan kecemerlangan sejak 2001.

Visi Sekolah

“Menjadikan sebuah sekolah yang termuka di negara dan menghasilkan pelajar yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa bagi memenuhi hasrat masyarakat, agama, dan negara.”

Misi Sekolah

SMK Puchong Utama (1) beriltizam untuk:-
· Memberikan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar setanding dengan sekolah-sekolah terbaik di Malaysia agar dapat mencapai tahap kecemerlangaan yang dibanggakan.
· Menghasilkan pelajar yang berilmu dan berkebolehan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum, berakhlak tinggi dan berdaya saing untuk melanjutkan pelajaran dan mendapatkan pekerjaan.
· Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani yang berpaksikan ketuhanan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang beketampilan dan berguna kepada masyarakat dan Negara.
· Menyediakan prasarana, kemudahan-kemudahan pendidikan dan persekitaran yang ceria dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.
· Mewujudkan hubungan mesra dan harmonis anatara warga sekolah dengan masyarakat, agensi-agensi swasta dan kerajaan serta badan-badan pertubuhan luar.
· Menyedikan staf yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi serta dapat meningkatkan imej diri dan kerjaya.

Lagu Sekolah
Sentiasa Gemilang

Sentiasa gemilang
Itulah kata-kata hikmat
Pendorong kejayaan
Ke arah capai matlamat

Kami telah sepakat
Bekerjasama gembleng tenaga
Mempertahankan kecemerlangan
Mencapai puncak wawasan

Sentiasa gemilang
Sentiasa gemilang
SMK Puchong Utama (1)

Dengan semangat dan berkat muafakat
Kami yakin kami boleh
Menjadi warga yang berkualiti
Dan bertaraf antarabangsa

Sentiasa gemilang
Itu impian dan sasaran
Menjulang namamu sekolah
Ke persada Negara

Sentiasa gemilang
Sentiasa gemilang
SMK Puchong Utama (1)

Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s