Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

Sekolah mempunyai hubungan yang erat dengan ibu bapa dan masyarakat sekitar. Kedudukan sekolah di tengah-tengah taman perumahan membantu sekolah memperolehi bantuan dan sokongan padu dari masyarakat sekitar yang sentiasa peka dengan masalah disiplin yang dihadapi oleh pihak sekolah. PIBG yang cemerlang juga banyak membantu pengurusan sekolah. Kerjasama yang baik antara pihak sekolah dengan Yang Di Pertuan dan AJK PIBG telah banyak membantu dan memudahkan pengurusan dan pentadbiran sekolah demi kebaikan warga sekolah secara keseluruhannya.

PIBG SMK Puchong Utama telah ditubuhkan pada tahun 2001 dengan dianggotai seramai 12 orang ahli jawatankuasa ibu bapa dan guru. Sejak penubuhannya, PIBG sekolah ini telah diterajui oleh Yang Dipertua iaitu Tuan Hj Fadhil b Said sehinggalah beliau meletak jawatan kerana anaknya telah menamatkan pembelajaran di sekolah ini. Tempat beliau diambil alih oleh Tn Hj Shaharuddin bin Ajam. Pada tahun ini, anak Tn Hj Shaharuddin pula menamatkan pembelajarannya di sekolah ini. Teraju PIBG sekali lagi dipegang oleh Tuan Hj Fadhil b Said. Selain daripada Yang diPertua, PIBG diterajui oleh para guru-guru dan ibu bapa seperti dalam gambar di bawah:
Antara aktiviti yang dijalankan oleh PIBG SMK Puchong Utama (1) ialah mengadakan mesyuarat agung untuk membincangkan tentang masalah pelajar dan sekolah, majlis graduasi untuk pelejar-pelajar tingkatan 5 dan juga Hari Anugerah Cemerlang bagi meraikan kejayaan para pelajar dalam pelajaran.
PIBG sekolah juga turut memberikan sumbangan kepada sekolah untuk kemudahan pelajar dan guru-guru.Antara sumbangan yang diberikan ialah melengkapkan setiap kelas dan bilik khas dengan papan putih, memasang cctv di tempat tertentu di sekitar sekolah, membeli ’time scan’3D, mengadakan perkhemahan bersepadu unit beruniform dan sumbangan hari anugerah cemerlang.
Gambar AJK PIBG sila rujuk lampiran.
Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s